Apple Mengembangkan Program Membaiki Sendiri Peranti Di Rumah Ke Eropah

Diterbitkan pada Dis 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple tahun lalu mengumumkan program Self Service Repair yang membolehkan pengguna peranti keluaran mereka membaiki sendiri peranti di rumah. Di peringkat awal hanya pengguna di Amerika Syarikat boleh membeli alat ganti serta dipinjamkan alat yang diperlukan untuk membaiki peranti rosak. Kini Self Service Repair ditawarkan kepada pengguna di Belgium, Itali, Jerman, Perancis, Poland, Sepanyol, Sweden, dan United Kingdom.

Apple akan menawarkan buku panduan untuk baik-pulih secara atas-talian, selain menawarkan peralatan untuk membaik-pulih pada harga yang sama dibayar oleh para jurutera dan juruteknik yang berdaftar.

Lebih 200 alat ganti asli untuk siri iPhone 12, iPhone 13 dan MacBook dengan Apple Silicon boleh dibeli menerusi program ini. Alat ganti untuk model-model lain masih belum ditawarkan pada waktu ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami