Almari Pengering LG Styler & Mesin Basuh LG WashTower Diumumkan – Kawal Kesemuanya Menerusi Aplikasi LG ThinQ

Diterbitkan pada Dis 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dewasa ini makin banyak kelengkapan rumah yang turut menyediakan aplikasi yang boleh mengawalnya. Menerusi aplikasi LG ThinQ, pelbagai kelengkapan rumah dari LG boleh dikawal dan hari ini LG Malaysia mengumumkan almari LG Styler dan mesin basuh LG WashTower. 

Mesin Basuh LG WashTower merupakan kombinasi mesin basuh dan mesin pengering muatan hadapan yang boleh dikawal pengguna menggunakan aplikasi. Bahagian bawah yang berfungsi untuk membasuh akan turut memberikan maklumat tetapan yang dioptimasikan untuk mesin diatas yang mengeringkan baju. Pengguna tidak perlu melakukan sebarang tetapan tambahan, melainkan jika terdapat tetapan tersendiri yang diinginkan. 

Dan satu lagi produk baharu yang diumumkan LG Malaysia adalah almari pengering LG Styler khas untuk pakaian-pakaian yang memerlukan penjagaan lebih rapi. Pakaian-pakaian yang dimasukkan akan melalui proses pencucian kering, serta akan diwapkan dan disanitasi. Sekiranya terdapat sebarang pakaian khas yang memerlukan penjagaan rapi, pengguna boleh memuat-turun mod penjagaan tersebut dari aplikasi.

Untuk kedua-dua kelengkapan rumah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi LG ThinQ bagi mengawal serta menerima notifikasi proses pembasuhan dan pengeringan. Lebih dari itu, pengguna juga akan menerima kemaskini perisian untuk kelengkapan ini, dan juga kemaskini tetapan dari segi jenis fabrik serta pakaian. 

Kedua-dua LG WashTower dan LG Styler ini dijual pda harga RM 13,999 dan RM 8,499. Untuk masa terhad sehingga akhir tahun, LG WashTower ditawarkan pda harga promosi RM 12,999 manakala LG Styler ditawarkan pada harga RM6,399.

Beli: LG WashTower

komen


© Amanz / 2023 Kami