Cari @ Amanz

Konsep komputer riba dengan paparan yang boleh dilipat bukanlah sesuatu yang baru. ASUS memperlihatkannya beberapa tahun lalu dengan Project Precog dan pelancaran komputer riba ASUS ZenBook 17 FOLD OLED, manakala Lenovo juga sudah tampil dengan ThinkPad X1 Fold.

Laman web berita teknologi The Elec dari Korea Selatan telah melaporkan bahawa Apple kini dilihat sedang membangunkan peranti dengan skrin boleh lipat yang bukan iPhone ataupun iPad.

Ini adalah kerana paparan tersebut hadir dengan rekaan bersaiz 20.25 inci, dan apabila dilipat, mempunyai saiz paparan yang boleh digunakan sebesar 15.3 inci. Apabila dibandingkan dengan penawaran ASUS dan Lenovo, komputer-komputer riba tersebut mempunyai paparan asal bersaiz 15-17 inci dan paparan yang dilipat bersaiz sekitar 12 inci.

Bukan itu sahaja, laporan yang sama mengatakan bahawa Apple turut akan memperkenalkan peranti iPad Mini yang boleh dilipat paparannya, dan ia akan diperkenalkan pada tahun 2025 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd