Cari @ Amanz

Sewaktu sidang media Kementerian Komunikasi dan Digital sebentar tadi, Menteri Fahmi Fadzil telah mengumumkan bahawa Digital Nasional Berhad telah membangunkan sejumlah tapak rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.

5G Malaysia

Menurut beliau, setakat 31 Oktober 2022, DNB telah membangunkan 2715 tapak rangkaian 5G di 36 peratus daripada kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia. Tiada sebarang butiran tentang peratusan setiap negeri diberikan tadi, tetapi ia dijangka bahawa negeri-negeri yang mempunyai rangkaian 5G sekarang termasuklah Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan yang sedang menguji penggunaan rangkaian tersebut.

Setakat ini, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Yes, U Mobile, Unifi, Celcom dan Digi sudahpun mengaktifkan rangkaian 5G mereka pada peranti-peranti yang menyokong rangkaian tersebut secara rasmi seperti apa yang tertera di laman web Digital Nasional Berhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd