Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+ akhirnya dilancarkan secara rasminya di Malaysia, sebentar tadi. Antara ciri dan fungsi yang diketengah Realme pada kedua-duanya adalah seperti sokongan 5G terbina, skrin 120Hz, storan yang besar dan kamera 108MP.
Bagi yang berminat, Realme 10 Pro dijual di Malaysia pada RM1299. Sementara itu, Realme 10 Pro+ pula boleh didapati bermula RM1599 (8GB/128GB) dan RM1799 (12GB/256GB). Promosi menarik turut ditawarkan untuk Realme 10 Pro+ dengan variasi 8GB/128GB yang boleh dibeli serendah RM1399 pada 12 Disember ini.
Realme 10 Pro+ 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan cip MediaTek Dimensity 920, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB (UFS 2.2) dan RAM Maya sehingga 12GB.
Turut disertakan, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W, kamera utama 108MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), kamera swafoto 16MP dan pembesar suara stereo. Kesemua ciri yang dinyatakan ini dimuatkan ke dalam sebuah telefon pintar bertubuh nipis yang menampilkan sokongan panel hadapan melengkung pada kedua-dua sisi.
Realme 10 Pro pula menampilkan tubuh berkotak dengan sisi dan skrin hadapan yang rata. Saiz skrin adalah sebesar 6.72-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 695 digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 8RAM (LPDDR4X), storan dalaman 256GB (UFS 2.2) dan RAM Maya sehingga 8GB. Turut melengkapinya adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W, kamera utama 108MP (utama) + 2MP (portrait), kamera swafoto 16MP dan pembesar suara stereo.