Carian
Oppo Inno Day 2022 Akan Berlangsung Pada 14 Disember Ini
December 8, 2022 Effi Saharudin

Saban tahun Oppo Inno Day menjadi pentas syarikat memperlihatkan inovasi mereka dalam kemampuan fotografi, pengecasan, perisian dan juga akhir-akhir ini cip rekaan kendiri. Tahun ini Inno Day 2022 disahkan akan berlangsung pada 14 Disember.

Pada hari tersebut Oppo dijangka melancarkan Oppo Find N2 dan N2 Flip yang tertiris rekaannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Mungkin teknologi pengecasan baharu serta kamera akan diperlihatkan juga seperti tradisi tahunan. Bagi pengguna peranti Oppo, Inno Day menjadi tempat dimana inovasi yang akan akhirnya tiba ke peranti keluaran mereka akan diperlihatkan buat pertama kalinya.

Komen