Jualan Lazada 12.12 Menyediakan Tawaran Harga Rendah Dengan Diskaun Hingga 90%

Diterbitkan pada Dis 8, 2022. oleh .

Lazada terus-menerus hadir dengan pelbagai tawaran hebat yang tiada henti buat orang ramai. Misalnya seperti Jualan Akhir Tahun 12.12 kali ini yang menyediakan pelbagai ganjaran hebat, termasuklah pembelian produk dengan diskaun sehingga 90% dan ribuan baucar penghantaran percuma tanpa pembelian minimum.

Dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember, orang ramai boleh berjimat besar sambil berbelanja sakan dengan pembelian berbaloi menerusi tawaran ‘Sepuas Hati’ yang disediakan. Ianya diadakan dalam dua tempoh waktu berbeza, yang mana di antara jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi dan juga 12 tengah hari sehingga 2 petang sepanjang tempoh 3 hari jualan.

Lazada turut memeriahkan lagi jualan terbesar akhir tahun ini dengan mengadakan tawaran LazFlash yang menyediakan diskaun hingga 90% untuk pembelian mana-mana produk terpilih. Selain itu, pengguna juga boleh boleh menikmati pembelian barangan pada harga serendah RM0.12 dan RM12.12 menerusi tawaran Crazy Deals.

Tidak kurang menariknya lagi, pengguna turut boleh membuat pembayaran menggunakan Touch n’ Go, sekaligus membolehkan mereka menerima potongan RM1 dengan pembelian minimum RM10. Di samping, berpeluang mengumpul ribuan baucar penghantaran percuma tanpa pembelian minium yang akan diperbaharui setiap jam.

Seterusnya, tawaran Chup Dulu pula membolehkan pengguna menempah barangan terlebih dahulu dengan meletakkan deposit sebanyak 10%. Kemudian, baucar Lazada Bonus yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus diskaun RM8 bagi setiap pembelian bernilai RM80 untuk produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus.

Tidak sekadar itu, ganjaran pulangan tunai Lazcoins sehingga 60% turut disediakan tanpa pembelian minimum. Lebih menariknya lagi, sebanyak 1,000 Lazcoins turut tersedia buat mana-mana 100 pembayaran pertama yang berjaya dibuat di antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi sepanjang tempoh jualan diadakan.

Selanjutnya, LazPayLater juga telah diperkenalkan baru-baru ini dengan terma bayaran fleksibel pada kadar faedah 0% dan pelan bayaran ansuran sehingga 12 bulan. Anda bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan sama ada layak atau tidak untuk menggunakan pelan ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami