Selari dengan peraturan baharu oleh Kesatuan Eropah (EU), kini mereka turut menetapkan tarikh akhir untuk memastikan semua telefon menggunakan sambungan USB-C untuk pengecasan secara berwayar.

EU menetapkan tarikh 28 Disember 2024 sebagai tarikh akhir, dan selepas itu, semua telefon baharu yang dijual perlu menggunakan sambungan USB-C untuk pengecasan.
Ini adalah termasuk untuk iPhone yang masih menggunakan sambungan Lightning buat masa ini.
Selain telefon, peraturan baharu ini juga perlu diimplementasi oleh peranti elektronik lain seperti tablet, kamera digital, fon kepala, dan alat permainan mudah-alih.