Carian
Google Akan Perkenal Mod Penjimatan Memori Pada Chrome – Jimat Sehingga 30% Memori
December 9, 2022 Aman

Chrome merupakan pelayar web milik Google yang digunakan secara meluas, dan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengannya adalah penggunaan memori tinggi – terutamanya apabila menggunakan halaman tab yang sangat banyak.

Kini, Google dalam mengatasi masalah tersebut, mengumumkan sebuah ciri baharu yang bakal hadir dalam beberapa minggu lagi, dinamakan Memory Saver.

Melaluinya, Chrome akan menjimatkan penggunaan memori sehingga 30% berbanding kebiasaan. Ciri ini dijayakan dengan menjedakan sementara atau menidurkan sesuatu halaman tab, sekaligus menjimatkan penggunaan memorinya.

Tab tersebut akan diaktifkan kembali apabila anda memerlukannya.


Google telah menyertakan ciri baharu ini bersama Chrome 108 yang terbaru – tetapi akan diaktifkan untuk semua secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Komen