MediaTek kini telah memperkenalkan satu lagi cip terbaharu mereka dengan penawaran mercu, iaitu MediaTek Dimensity 8200.
Ia hadir dengan binaan berasaskan teknologi 4nm, sekaligus menawarkan prestasi tinggi pada penggunaan tenaga yang efisien.

Dimensity 8200 turut hadir dengan satu teras Cortex-A78, yang digabungkan tiga teras Cortex-A78 pada kealjuan 3.0Ghz, dan 4 teras Cortex-A55 pada kelajuan 2.0Ghz.
Selain daripada prestasi melangkaui 3Ghz, cip ini juga menyertakan sokongan HyperEngine untuk pengalaman prestasi permua yang baik. Ia turut dilengkapi dengan cip GPU Mali-G610 MC6.
Untuk sokongan lain, cip ini menyokong kamera 320-megapixel, selain sokongan WiFi 6E, Bluetooth 5.3, dan juga sokongan dwi-5G.
Sejumlah pengeluar telah menyatakan bakal menawarkan telefon dengan cip ini tidak lama lagi.