Langganan Disney+ dengan sokongan iklan dilancarkan di Amerika Syarikat hari ini dengan bayaran bermula daripada $7.99 untuk Disney+ sahaja dan meningkat ke $69.99 untuk langganan Disney+, Hulu, ESPN+ dan Live TV.
Pelan dengan sokongan iklan ditawarkan oleh Disney+ bagi meningkatkan jumlah pelanggan yang mungkin merasakan pelan sedia ada terlalu mahal. Ini adalah sebahagian daripada pelan Disney+ untuk menjadikan perkhidmatan penstriman mereka menguntungkan menjelang 2024.
Di bawah Bob Chapek, perbelanjaan Disney+ telah disembunyikan bagi melihatkan seakan ia tidak mencatatkan kerugian yang tinggi. Seperti platform penstriman lain, cabaran mengekalkan pelanggan perlu dihadapi pasca pandemik. Netflix melancarkan perkhidmatan langganan dengan sokongan iklan mereka bulan lalu di 12 negara terpilih pad harga lebih rendah $6.99 sebulan.