Carian
Toyota Mengubahsuai Enjin Petrol Untuk Menggunakan Bahan Api Hidrogen
December 9, 2022 Effi Saharudin

Isu kenderaan elektrik ialah ia memerlukan platform baharu yang menyebabkan kereta bahan api fosil sedia ada tidak boleh diubahsuai dengan mudah. Jutaan kereta lama akan tersadai jika pengharaman kenderaan bahan api fosil dikuatkuasakan dan ini adalah agak membazir. Toyoto munggu ini memperlihatkan kenderaan Corolla Cross H2 Concept yang menggunakan enjin petrol biasa yang boleh menggunakan bahan api hidrogen.

Enjin 1.6 liter 3 silinder GR Corolla sedia ada diubahsuai untuk membakar bahan api hidrogen yang dimampatkan. Bagi membolehkan hidrogen digunakan, sistem suntikan bertekanan tinggi telah digunakan. Hasil pembakaran ialah haba dan air sahaja tanpa gas beracun karbon monoksida jika petrol digunakan.

Kenderaan boleh membawa 5 orang penumpang dengan selesa. Toyota berkata prototaip hanya sekitar 40% siap pada waktu ini dengan usaha sedang dilakukan untuk mengkomersialkannya pada kenderaan keluaran mereka.

Hidrogen hijau adalah antara bahan api alternatif untuk menghasilkan kenderaan yang lebih mesra alam. Kenderaan BEV sudahpun berhadapan masalah harga bateri yang kini semakin mahal serta impak perlombongan nikel dan lithium sebenarnya lebih tinggi daripada dijangka.

Komen