Jabra ialah sebuah jenama kelengkapan audio yang cukup terkenal di kalangan kakitangan pekerja yang memerlukan kelebihan produktiviti audio didalam dan diluar pejabat.
Terkini, Jabra telah memperkenalkan penawaran fon telinga IEM terbaru mereka, iaitu Jabra Evolve 2 Buds yang tampil dengan sokongan rasmi untuk pelbagai jenis perisian telesidang, termasuklah Microsoft Teams dan Zoom.

Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan pada fon telinga ini ialah Adjustable Active Noise Cancelling yang mana pengguna boleh mengubahsuai tahap sensitiviti pembatalan bunyi hingar untuk mengurangkan bunyi bising seperti perbualan rakan sekerja yang berdekatan, bunyi haiwan peliharaan ataupun suara kanak-kanak.
Fungsi ini digabungkan dengan MyFit dan SafeTone yang memastikan bahawa kedapan diantara telinga dan aksesori ini adalah sempurna untuk membolehkan fungsi pembatalan hingar berfungsi dengan baik.

Jabra Multisensor Voice pula menggabungkan empat mikrofon, pengimbas konduksi tulang dan kecerdasan buatan untuk memastikan bahawa suara anda dapat didengari dengan jelas sewaktu panggilan tanpa gangguan bunyi hingar di sekeliling.
Jabra Evolve 2 Buds juga tampil dengan jumlah jangkahayat bateri sehingga 33 jam dengan gabungan rangka pengecasannya, membolehkan pengguna untuk membuat panggilan-panggilan telesidang yang panjang.

Jabra Malaysia mengesahkan bahawa Jabra Evolve 2 Buds ini sudahpun mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM1640 dan RM1860 untuk model dengan aksesori pengecasan nirwayar.