Kerajaan Taiwan Mahu Memelihara Rahsia Teknologi TSMC Daripada Kerajaan Amerika

Diterbitkan pada Dis 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company mungkin telah mengesahkan bahawa mereka akan membuka dua kilang pengeluaran cip pemprosesan di Arizona, tetapi mereka juga sedar bahawa ada keperluan untuk memastikan bahawa teknologi pembangunan cip pemprosesan mereka tidak jatuh ke tangan kerajaa lain sewenang-wenangnya.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan Taiwan akan membangunkan sebuah pasukan untuk memastikan bahawa rahsia-rahsia TSMC tidak terbocor atau dicuri oleh mana-mana pihak lain.

Tsung-Tsong Wu, Menteri National Science and Technology Council (NSTC) mengatakan bahawa teknologi-teknologi yang terkandung disebalik kejayaan TSMC menjadi syarikat semikonduktor paling penting di dunia sudah menjadi kepentingan untuk negara tersebut.

Bagaimana kerajaan tersebut mahu memastikan teknologi-teknologi syarikat ini tidak jatuh ke tangan yang salah tidak diketahui, tetapi satu lagi perkara yang diberitahu ialah bahawa kilang-kilang di Arizona akan sentiasa menggunakan teknologi pembangunan cip pemprosesan yang sekurang-kurangnya satu generasi di belakang kilang-kilang di Taiwan.

Ini dapat dilihat daripada bagaimana pada 2024 apabila kilang pertama akan dibuka, kilang TSMC di Arizona akan membina cip pemprosesan menggunakan proses N5 (5nm, 4nm), dimana di Taiwan, TSMC akan membina cip pemprosesan menggunakan proses N3 (3nm).

Apabila kilang kedua Arizona dibuka pada 2026, kilang tersebut akan mengilang cip pemprosesan menggunakan proses 3nm, dimana pada masa yang sama, kilang Taiwan akan mula membangunkan cip pemprosesan dengan proses 2nm.

Selain daripada teknologi pengilangan cip pemprosesan, diantara teknologi lain yang akan dirahsiaka oleh TSMC dan kerajaan Taiwan termasuklah cara-cara untuk mendapatkan jumlah pengeluaran cip pemprosesan yang setinggi mungkin.

Ia dijangka bahawa apabila kedua-dua kilang TSMC di Arizona dibuka, ia akan mengeluarkan sekitar 600 kepingan wafer semikonduktor sebulan, dan syarikat-syarikat seperti Apple dan NVIDIA akan menjadi pelanggan utama untuk kilang-kilang ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami