IQOO Neo 7 SE telah dilancarkan secara rasminya dengan janaan cip MediaTek Dimensity 8200. Ini sekaligus menjadikannya telefon pintar pertama dilengkapi cip pemprosesan tersebut, di samping lengkap dengan sokongan 5G terbina.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan skrin AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan panel hadapan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP. Pilihan memori pula boleh mencapai sehingga 12GB RAM, manakala storan dalaman pula sehingga 512GB.

Turut disertakan adalah tri-kamera utama dengan tetapan 64MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Bateri pula sebesar 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W. Lain-lain spesifikasi termasuklah NFC, Bluetooth 5.2 dan menjalankan OriginOS 3 berasaskan Android 13.

Untuk harga, iQOO Neo7 SE dijual bermula RMB 2,099 (~RM1329) (8GB/128GB), RMB2799 (~RM1772) (16/256GB) dan RMB2899 (~RM1835) (12GB/512GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk luar pasaran China.