Carian
Google Akan Menyatukan Pasukan Google Maps Dan Waze
December 9, 2022 Aman

Google hari ini mengumumkan akan mengabungkan pasukan disebalik aplikasi navigasi mereka, iaitu Google Maps dan juga Waze.

Dengan langkah ini, pengurusan berkaitan pembangunan ciri-ciri navigasi akan diteruskan dengan lebih mudah lagi. Apa pun, tiada perancangan untuk menyatukan kedua-dua aplikasi, dan kedua-duanya akan beroperasi secara berasingan seperti sedia ada.

Gabungan dan integrasi ini dijangka akan membolehkan perkongsian hal-hal teknikal dengan lebih baik lagi. Sebelum ini, Google telah mengambil-alih Waze pada 2013 lepas, dan ia beroperasi secara kendiri sehingga sebelum ini.

Komen