Cari @ Amanz

Huawei kini telah melancarkan salah satu inovasi terbaharu mereka dalam arena peranti, iaitu mengabungkan jam tangan pintar dan juga fon telinga dalam satu peranti.

Dinamakan sebagai Huawei Watch Buds, ia membolehkan pengguna memakai jam tangan pintar berkenaan, dan turut membuka bahagian muka jam untuk mengakses fon telinga nirwayar. Huawei menggunakan penutup muka jam berasaskan magnetik untuk tujuan ini.

Jam tangan pintar ini hadir dengan skrin 1.47-inci AMOLED, bateri 410mAh, dan juga turut menyertakan sejumlah ciri-ciri pintar bersama dengannya seperti pemantau denyutan nadi, kadar SpO2, dan juga integrasi ECG.

Fon telinga nirwayar yang disertakan bersama pula hadir dengan rekaan kompak seumpama “peluru”, menawarkan masa penggunaan selama 4 jam dengan ciri pembatalan hinggar, dan boleh dikawal dengan tap pada bahagian luar fon telinga berkenaan.

Kedua-dua peranti ini boleh dicas serentak melalui pengecas khusus yang disertakan ketika pembelian.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Huawei akan membawa masuk peranti ini ke pasaran Malaysia atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd