DJI Mini 3 Yang Ringan Dengan Kamera 48MP Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lewat semalam DJI Mini 3 telah dilancarkan secara rasmi sebagai dron kompak yang masih mampu menawarkan ciri-ciri menarik sebelum ini hanya ditemukan pada model lebih mercu. Mini 3 dilengkapi kamera 48MP dengan sensor 1/1.3 CMOS serta lensa f/1.7 yang boleh merakam gambar pada saiz 12MP dan video sehingga 4K30p.

Kamera Mini 3 menggunakan teknik quad-binning untuk menghasilkan gambar lebih kecil tetapi lebih tajam. Gimbal yang digunakan pula bukan sahaja menstabilkan video yang ingin dirakam tetapi boleh berputar 90 darjah untuk membolehkan video menegak diambil. Kandung Stories dan TikTok boleh diambil lebih mudah menerusi mod ini.

Bateri yang disertakan menawarkan waktu penerbangan sehingga 38 minit menurut DJI. Menerusi aksesori pek bateri tambahan yang dijual berasingan, waktu penerbangan Mini 3 boleh ditingkatkan sehingga 51 minit. Saiznya kecil dan berat pula hanya 259 gram – lebih ringan berbanding sebuah Galaxy Z Fold4. Sungguhpun begitu ia boleh terbang stabil walaupun dan situasi angin bertiup pada kelajuan 39 km/j.

DJI Mini 3 dijual pada harga bermula $469 (~RM2065) untuk dron sahaja dan meningkat ke $858 (~RM3778) untuk Fly More Combo yang turut menawarkan alat kawalan jauh, beg, pengecas, dan dua bateri tambahan

komen


© Amanz / 2023 Kami