Carian
Kedai Mercu PICO Kini Dibuka Di Sunway Pyramid – Pertama Di Luar China
December 10, 2022 Amy Maizuraa

Pico telah melebarkan sayap ke pasaran Malaysia menerusi pengenalan sulung mereka dinamakan sebagai PICO 4. Ia merupakan set kepala realiti maya yang kompak dan ketersediaannya di Malaysia adalah bermula RM1,699 (8GB/128GB) serta RM1,999 (8GB/256GB).

Dalam usaha untuk mempromosi produk dan perkhidmatan dengan lebih menyeluruh kepada orang ramai, kini PICO telah membuka kedai mercu pertama yang bertempat di sebuah pusat beli-belah Sunway Piramid.

Melaluinya, orang ramai kini berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan set kepala realiti maya daripada mereka. Di samping, turut menjadi hab setempat untuk semua produk jualan Pico berserta ruangan untuk khidmat bantuan pelanggan. Menariknya lagi, kami turut difahamkan yang mana ini merupakan kedai pertama yang dibuka di luar China.

Bersempena dengan pembukaan hari ini, PICO juga tidak  ketinggalan hadir dengan beberapa promosi menarik. Ini termasuklah, PICO4 boleh dibeli serendah RM1599 (8GB/128GB) dan RM1899 (8GB/256GB) dengan promosi yang terhad sehingga 25 Disember 2022.

Lebih menariknya lagi, 10 pembeli terawal untuk PICO 4 pada hari ini akan didatangkan dengan PICO Neo 3 Link (256GB) secara percuma. Kemudian, pembelian PICO 4 yang dibuat di antara tarikh 11 – 30 Disember pula, layak menikmati potongan setengah harga untuk dua lagi unit PICO 4. 

Komen