IKEA Melancarkan Sebuah Lagi Lampu Symfonisk Dengan Speaker Sonos

Diterbitkan pada Dis 10, 2022. oleh .

Hasil kerjasama IKEA dan Sonos membolehkan speaker pertama kedua-dua syarikat dilancarkan pada tahun 2019. Selepas tiga tahun, keluarga speaker Symfonisk kini bertambah dengan lampu lantai yang dilengkapi speaker terbina.

Speaker yang sama seperti model terdahulu kini digabungkan pula dengan komponen tapak yang tinggi membolehkan ia menjadi sebuah lampu lantai. Speaker yang disambungkan kepada WiFi untuk berfungsi ini boleh dipadankan dengan speaker Symfonisk yang lain dan juga aksesori speaker Sonos di bahawa ekosistem yang sama. Terdapat sebuah alat kawalan jauh supaya ia boleh dikawal tanpa menekan butang fizikal pada tubuh speaker.

Di bahagian atas terdapat lampu yang ditutup dengan tudung lampu yang diperbuat daripada bahan yang dianyam. Lampu lantai IKEA Symfonisk dengan speaker Sonos ia mula dijual bermula Januari 2023 tetapi harga belum diumumkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami