Huawei Dan Oppo Mengumumkan Kerjasama Pelesenan Paten

Diterbitkan pada Dis 10, 2022. oleh .

Huawei dan Oppo kini mengumumkan kerjasama, mengatakan mereka akan melesenkan satu sama lain untuk sejumlah paten, termasuk paten yang melibatkan berkaitan 5G.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G

Huawei sendiri mengatakan mereka telah membangunkan sejumlah portfolio berkaitan 5G, WiFi, audio dan juga video.

Melalui kerjasama ini, Huawei dan Oppo mengatakan masing-masing menghormati dan menilai inovasi yang dibangunkan kedua-dua pihak, dan perkongsian ini membawa kepada kemenangan bagi kedua-dua pihak.

komen


© Amanz / 2023 Kami