Cari @ Amanz

Digital Nasional Berhad merupakan firma yang bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan infrastruktur rangkaian untuk 5G di Malaysia. Mereka telah memperkenalkan rangkaian 5G sejak penghujung tahun lepas, dan pada tahun ini mereka menyasarkan akan meliputi lebih 40% kawasan berpenduduk di Malaysia.

Pada hari ini, rangkaian 5G sedia ditawarkan di Lembah Klang, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan juga Pulau Pinang.

Malah, selain daripada itu, DNB juga turut telah menawarkan rangkaian 5G di sebahagian kawasan di Kelantan, Sabah dan juga Sarawak.

Dari segi penawaran kepada umum, baru-baru ini, Yes telah mengumumkan penawaran di Melaka, sementara belum lagi berkongsi secara rasmi berkenaan di Sabah dan Sarawak. Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, tetapi pengguna di kawasan terpilih di Kelantan, Sabah dan Sarawak sepatutnya boleh menikmati rangkaian tersebut.

Mengikut semakan di peta DNB, di Kelantan, kawasan yang diliputi rangkaian 5G adalah di Ketereh dan juga Kampung Peringat.

Di Sarawak pula, ia tersedia di sekitar kawasan Petra Jaya, Tabuan Jaya, dan Miri. Di Sabah pula, ia disekitar kawasan Telipok, dan Donggongan.

Buat masa ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah memulakan ujian dan penawaran rangkaian 5G dikalangan pengguna umum – kecuali Maxis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd