Lexus Memperlihatkan Transmisi Manual Untuk Kereta Elektrik

Diterbitkan pada Dis 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kenderaan elektrik lebih mudah dipandu kerana ia tidak mempunyai mempunyai gear yang perlu ditukar dan sistem brek regenerasi yang tidak memerlukan pedal kaki ditekan. Namun begitu di kalangan peminat automotif ada segelintir yang enggan berpindah ke BEV kerana masih inginkan sistem transmisi manual untuk pemanduan yang dikatakan lebih menyeronokkan.

Lexus telah memperlihatkan sistem transmisi manual untuk kereta elektrik. Projek yang pada awalnya sekadar sebuah prototaip mendapat sambutan yang baik semasa ujian dilakukan. Oleh itu Lexus memikirkan dengan serius untuk menawarkan sistem transmisi manual ini pada kenderaan elektrik keluaran mereka kelak.

Proses menukar “gear” pada sistem ini masih lagi sama menerusi tombol penukar seperti pada kenderaan sedia ada. Kenderaan juga dilengkapi dengan tachometer yang sekadar hiasan tetapi memberikan petanda kepada pemandu untuk melakukan penukaran gear apabila perlu. Ujian dilakukan pada sebuah Lexus UX300e yang merupakan sebuah SUV BEV.

Awal tahun ini Toyota yang merupakan syarikat induk Lexus telah memfailkan paten sistem transmisi manual untuk kenderaan elektrik. Nampaknya pasca paten difailkan, komponen sebenar dibangunkan untuk melihat keberkesanannya di dunia sebenar.

komen


© Amanz / 2023 Kami