Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat komponen komputer dijangka akan melancarkan penawaran baru untuk komputer riba dan desktop sewaktu acara CES 2023 tidak lama lagi, dan terkini, nampaknya NVIDIA akan memperlihatka penawaran kad grafik untuk komputer riba mereka juga.

Sehingga kini, ia tidak diketahui lagi samada syarikat tersebut akan melancarkan penawaran kelas mercu NVIDIA GeForce RTX 4090 untuk komputer riba, tetapi melalui butiran tentang sebuah komputer riba yang tertiris, ia mungkin kini boleh disahkan bahawa NVIDIA akan memperlihatkan penawaran tersebut.

Butiran mengenai komputer riba HP Omen 17 terbaru dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-13 Raptor Lake dan juga siri NVIDIA GeForce RTX 4000 telahpun tertiris, dan memperlihatkan penawaran dari RTX 4060, RTX 4070, RTX 4080 dan RTX 4090.

Kesemua komputer riba ini juga akan hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7-13700HX, memori DDR5 sebanyak 16GB dan juga storan SSD sehingga 1TB.

HP juga dijangka memperkenalkan komputer riba ini di acara CES 2023 kelak, menawarkan pelbagai jenis penawaran komputer riba gaming pada pelbagai tahap keperluan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd