Carian
Xiaomi Buds 4 Diumumkan Dengan Sokongan ANC Dan LHDC 5.0
December 12, 2022 Amy Maizuraa

Aksesori audio Xiaomi turut menerima kemaskini baharu menerusi pengenalan Xiaomi Buds 4. Ia merupakan set fon telinga nirwayar yang menampilkan rekaan fon telinga jenis separa terbuka seakan Apple AirPods. Turut disertakan adalah pod pengecas berbentuk seakan kapsul kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana.

Xiaomi Buds 4 mengguna pemandu audio dwi-magnet graphene yang memuatkan tiga mikrofon dengan algortima pengurangan bunyi AI untuk kualiti panggilan lebih jelas. Turut disertakan adalah sokongan pembatalan hingar aktif pintar, audio spatial 360 drajah dan mod ketelusan. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyain pensijilan audio Hi-Res dan LHDC 5.0 yang menjanjikan sokongan kualiti audio dalam definisi tinggi yang mantap.

Seterusnya bateri yang disertakan pula mampu bertahan sehingga 30 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas. Kemudian berkuang kepada 6 jam penggunaan dengan fon telinga itu sendiri. Ia turut mempunyai ciri kalis air IP54 sebagai pelindunga tambahan untuk fon telinga, kemudian IPX4 pula untuk pod pengecas.

Untuk harga, Xiaomi Bud 4 dijual di China pada RMB699 (~RM443) dengan pilihan warna seperti Black, Green dan White. Tiada maklumat mengenai ketersediananya di pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.

Komen