Sabrent Rocket 2230 Ialah Storan 5GB/s Untuk Peranti Seperti Ultrabook Dan Steam Deck

Diterbitkan pada Dis 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sabrent ialah jenama storan SSD yang cukup terkenal kerana penawaran storan SSD yang bukan sahaja mempunyai nilai kelajuan tinggi, tetapi juga jumlah storan yang besar.

Terkini, jenama tersebut telah memperlihatkan sebuah lagi model storan SSD baru, iaitu Sabrent Rocket 2230 SSD yang bukan sahaja hadir dengan kelebihan-kelebihan yang dikatakan sebelum ini, tetapi juga mempunyai rekabentuk yang jauh lebih padat berbanding dengan penawaran yang lain.

Sabrent Rocket 2230 hadir dengan rekaan yang separuh saiz fizikal SSD M.2 2242 yang lebih dikenali ramai sebelum ini. SSD ini tampil dalam pelbagai pilihan storan, termasuklah 256GB, 512GB dan 1TB. Bergantung kepada saiz storan juga, SSD ini mampu membaca data pada kelajuan 5GB/s, dan jika dipadankan dengan perati seperti Steam Deck, membolehkan anda untuk menyimpan lebih banyak permainan dalam konsol tersebut tanpa perlu membuangnya.

Buat masa ini, Sabrent belum lagi mendedahkan bilakah mereka akan menjual storan ini, mahupun tanda harganya. Tetapi mereka turut mengesahkan bahawa ia akan tiba ke pasaran tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami