Cari @ Amanz

2023 nampaknya juga akan menjadi tahun dimana paparan skrin yang menggunakan panel OLED akan menjadi lebih mudah untuk dibeli untuk digunakan sebagai paparan utama komputer gaming.

ASUS ROG baru-baru ini telah mengacahkan penawaran paparan skrin gaming yang akan dilancarkan di acara CES 2023 kelak, iaitu ASUS ROG PG27AQDM. Ia hadir dengan saiz paparan 27 inci dengan resolusi 2560×1440 dan juga kadar segar semula 240Hz.

Butiran lanjut mengenai paparan skrin ini akan dikongsi oleh pihak ASUS ROG di acara CES 2023 tidak lama lagi, bagi mereka yang masih mahukan paparan skrin bersaiz biasa, tetapi hadir dengan ciri-ciri dan kelebihan yang secara lazimnya hanya diperlihatkan pada paparan-paparan skrin OLED yang jauh lebih besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd