Alibaba Sekali Lagi Menyuntik Dana Ke Lazada – Kali Ini Berjumlah RM1.5 Bilion
December 12, 2022
Niaga
Aman
Alibaba, gergasi edagang dari China yang turut memiliki Lazada, kini sekali lagi melakukan suntikan dana ke Lazada, dimana ia dilakukan kali ketiga untuk tahun ini.
Buat kali ketiga ini, ia berjumlah $342.5 juta, iaitu sekitar RM1.5 bilion mengikut kadar tukaran matawang semasa.
Lazada sebelum ini telah melalui perubahan tampuk pengurusan beberapa kali, dan kali terakhir ia dilakukan pada Jun lepas.
Arena edagang sendiri dilihat mengalami sejumlah perubahan, dengan angka tempahan yang berkurangan berbanding ketika era Covid-19, disamping cabaran yang dibawakan oleh TikTok Shop akhir-akhir ini.
[sumber]Sumber : Technode[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.