Xiaomi Akan Pasarkan Telefon Xiaomi 13 Dengan Kamera Leica Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada Dis 12, 2022. oleh .

Lei Jun, CEO Xiaomi kini mengumumkan mereka akan memasarkan telefon pintar dibawah siri Xiaomi 13 terbaru mereka untuk pasaran global.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi untuk peringkat global. Mungkin kita boleh melihat ia diperkenalkan sama ada pada bulan ini atau Januari kelak.

Sebanyak dua model dilancarkan semalam, iaitu Xiaomi 13 dan juga Xiaomi 13 Pro. Kedua-duanya hadir dengan skrin AMOLED dengan pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 12GB RAM, serta dilengkapi storan UFS 4.0. Telefon ini turut menyertakan kamera dengan talaan teknologi Leica – salah satu yang ditawarkan pada telefon Huawei sebelum ini.

Memandangkan Malaysia sering menjadi antara negara terawal menerima produk Xiaomi, sama-sama kita nantikan Xiaomi 13 turut diperkenalkan di Malaysia.

komen


© Amanz / 2023 Kami