CapCut Kini Menjadi Antara Aplikasi Yang Dimuat-Turun Paling Tinggi – Mencabar Aplikasi Sosial

Diterbitkan pada Dis 13, 2022. oleh .

CapCut merupakan salah satu aplikasi penyuntingan video yang kini semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari. Ia dibangunkan oleh syarikat sama disebalik TikTok, dan kini menduduki antara carta aplikasi yang paling tinggi dimuat-turun setiap bulan.

Melalui data terbaru yang dikongsikan AppFigures, CapCut menduduki tangga kedua untuk aplikasi yang paling banyak dimuat-turun di AppStore, dan pada tangga ke-6 untuk aplikasi di Google Play Store.

Secara keseluruhan, ia menduduki tangga ke-4 pada peringkat global, dibelakang beberapa aplikasi sosial seperti TikTok, instagram dan Facebook.

CapCut ditawarkan secara percuma untuk orang ramai, dan memudahkan penyuntingan video termasuk menambah pelbagai kesan khas pada video – sebelum dikongsikan melalui media sosial seperti TikTok dan Instagram Reels.

Ia agak menarik untuk melihat CapCut memasuki carta tinggi, walaupun tidak mempunyai ciri-ciri sosial seperti aplikasi teratas yang lain. Ia juga menarik untuk melihat Bytedance mendominasi carta dengan dua aplikasi mereka, iaitu Capcut dan TikTok.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah carta keseluruhan tahunan untuk aplikasi atau dalam tempoh enam bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2023 Kami