OnePlus kini meluaskan portfolionya dengan memperkenalkan dua variasi monitor di India. Dinamakan sebagai OnePlus X27 dan OnePlus E24, kedua-duanya mempunyai tumpuan serta target pengguna yang tersendiri.

Bermula dengan OnePlus X27, ia dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 27-inci QHD+ dan kadar segar semula 165Hz dengan tindak balas 1ms. Turut melengkapinya adalah teknologi AMD Freesync Premium yang mampu menggerakkan permainan video pada kadar sehar semula lebih tinggi dengan baik. Di samping beberapa lagi ciri tambahan lain seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 95%, kecerahan puncak mencapai 350nits dan sudut pandang sehingga 178 darjah.
Ia juga menawarkan sehingga lima sokongan paparan, ini termasuklah Standard, Movie, Picture, Web dan Game. Dalam masa sama, ia turut memuatkan kebolehan menggunakan dua aplikasi secara serentak menerusi fungsi Split Screen. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1X port USB-C yang menyokong input sehingga 65W, 1X HDMI, 1X DP Port, 1X USB 3.0 dan bicu audio 3.5mm.

OnePlus E24 pula menggunakan skrin lebih kecil bersaiz 24-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 75Hz dengan tindak balas 5ms. Turut disertakan adalah sokongan kecerahan puncak mencapai 250ms, teknologi AMD Freesync Premium dan sudut pandang mencapai 178 darjah. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1X USB Type-C dengan input sehingga 18W, 1X HDMI port, 1X bicu audio 3.5mm dan 1X port VGA.
Untuk harga, OnePlus X27 dijual pada INR27,999 (~RM1,499) sementara itu tiada maklumat mengenai harga jualan OnePlus E24 yang didedahkan.