Elon Musk, CEO Twitter baru-baru ini telah mengesahkan bahawa pelanggan Twitter Blue akan melihat separuh daripada iklan-iklan yang tertera di platform tersebut, apabila membayar $8 melalui laman web dan $11 melalui aplikasi-aplikasi mudah-alih mereka.
Ini nampaknya pelan beliau untuk juga memperkenalkan pelan langganan yang jauh lebih mahal pada tahun hadapan, dimana pengguna tidak lagi akan melihat iklan pada platform tersebut.
Perkara ini disahkan sendiri oleh ElonMusk melalui satu ciapan kepada seorang pengguna, dimana ia juga mungkin dijangka bahawa ciri-ciri tambahan akan diperlihatkan juga pada tahun hadapan.