Cari @ Amanz

Di Malaysia, Oppo Reno8 5G telah dilancarkan dengan dua pilihan warna seperti Shimmer Black dan Shimmer Gold. Kedua-duanya boleh dibeli pada harga jualan RM2,399 dengan variasi memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dalam usaha menyediakan lebih banyak pilihan buat pengguna, telefon pintar ini bakal dikemaskini dengan warna baharu dan memori lebih besar tidak lama lagi. Melaluinya, mereka bakal mengumumkan Oppo Reno8 5G dalam warna Sunkissed Beige dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Maklumat mengenai perkakasan dalaman lain tidak dikongsi, tetapi kita boleh menyasarkan ianya adalah sama seperti model sedia ada. Dalam masa sama, tiada harga jualan yang didedahkan namun kami akan berkongsi lanjut menerusi artikel yang akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd