Semua Tanda Calit Biru Akan Dibuang Di Twitter Dalam Masa Beberapa Bulan Lagi

Diterbitkan pada Dis 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kecoh Twitter masih rancak sejak Elon Musk ada kepada akses-untuk-semua Twitter. Ada yang baik seperti Community Notes, had aksara dijangka dinaikkan ke 400 aksara. Twitter Blue akan akhirnya dilancarkan sekali lagi selepas sekian lama menanti.

Antara isu Twitter jadi kecoh di bawah naungan Eloh adalah beliau tidak percaya kepada sistem pemberian tanda calit biru yang disediakan Twitter. Beliau ingin perkara ini diberikan secara adil dan pada masa yang sama menguntungkan.

Jawapan kepada masalah ini beliau Elon Musk akan buang semua tanda calit biru. Sebaliknya, Tiada tanda calit tiada masalah? Jelas di sini Elon akan kekal dengan idea tiga tanda calit berwarna untuk tiga kategori pengguna Twitter iaitu Emas, Kelabu dan Biru.

Tetapi yang Elon berkata adalah beliau akan membuang semua tanda calit biru. Malah Elon turut menyatakan orang ramai mungkin tidak akan menyedari pun ada seorang pengguna disahkan hilang dalam radar.

Tanda Calit Emas Twitter

Elon turut menambah yang besar kemungkinan semua tanda calit biru akan dibuang sepenuhnya. Butiran membezakan antara akaun adalah dua warna berbeza, satu wakil dan satu lagi untuk manusia.

komen


© Amanz / 2023 Kami