Carian
Oppo Bakal Memperlihatkan Robot Anjing Mereka Tersendiri, Dinamakan QRIC
December 14, 2022 Aman

Oppo sering memperlihatkan pelbagai inovasi baharu mereka pada acara Oppo Inno Day. Untuk tahun ini, Oppo kini dilihat akan memperlihatkan sebuah robot anjing tersendiri, dinamakan QRIC.

QRIC dilihat akan boleh memberikan respon kepada sejumlah pertanyaan pengguna, disamping membantu beberapa tugasan seperti mengambil bungkusan daripada kurier dan sebagainya.

Untuk makluman, sebelum ini pihak Xiaomi turut telah memperkenalkan penawaran lebih kurang sama dinamakan Xiaomi CyberDog, malah turut telah dipertontonkan di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan hari ini untuk mendengar lebih lanjut berkenaan QRIC, dan kemasukkan pihak Oppo dalam arena robotik.

Komen