Instagram Bakal Memperkenalkan Ciri Profil Berkumpulan – Instagram Group Profiles

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram hari ini telah pun memperkenalkan ciri Instagram Notes yang membolehkan pengguna berkongsi teks dalam had 60 aksara. Selain daripadanya, Instagram turut mengatakan bakal memperkenalkan sebuah ciri baharu, dinamakan Instagram Group Profiles.

Melaluinya, kelak pengguna boleh mencipta dan menyertai sesuatu kumpulan bersama rakan-rakan yang lain, dan seterusnya melakukan perkongsian yang boleh dilihat melalui ahli kumpulan itu sahaja.

Instagram mengatakan sesuatu profil berkumpulan boleh dicipta dengan tekan pada tanda “+” dan seterusnya memilih Group Profiles. Ciri ini masih belum diterima oleh kami ketika artikel ini ditulis.

komen


© Amanz / 2023 Kami