iPhone Kini Boleh Menggunakan Rangkaian 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.2 kepada para pengguna iPhone, sekaligus menyertakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu sokongan untuk 5G.

Mengikut semakan kasar, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini, sementara Yes dan Unifi Mobile dilihat masih tidak menawarkan sokongan walaupun menggunakan infrastruktur DNB yang sama.

Dengan sokongan rangkaian 5G ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk menikmati internet berkelajuan tinggi dengan kadar pendam rendah melalui iPhone.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Digi, Celcom dan U Mobile, boleh mengemaskini peranti anda kepada iOS 16.2 terbaru, dan menikmati rangkaian 5G ketika berada di kawasan yang menyokongnya hari ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami