Kabinet Akan Membuatkan Keputusan Berkenaan Hala Tuju Pelaksanaan 5G Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini menyatakan semua pihak perlu menunggu keputusan jemaah menteri berhubung dengan hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Buat masa ini, ia telah dibincangkan antara Kementerian Kewangan, dan sedang dalam proses mencari penyelesaian untuknya.

DNB Digital Nasional

Sebelum ini, ia telah ditetapkan pelaksanaan rangkaian 5G dilakukan melalui penyedia pemborong tunggal, iaitu melalui Digital Nasional Berhad (DNB). Mengikut sasaran awal, DNB menyasarkan untuk mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk menjelang 2024 kelak.

Ia tidak diketahui lagi sama ada spektrum akan dibahagikan kepada penyedia lain, atau akan diteruskan dengan mengekalkan pelaksanaan melalui DNB.

Menteri Komunikasi turut menyatakan masalah berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia ini perlu diselesaikan segera sebelum melangkah ke era rangkaian 6G.

Sumber : Bernama

komen


© Amanz / 2023 Kami