Apple jarang membuat sebarang pengumuman berkaitan pembekal atau komponen yang digunakan oleh mereka dalam peranti keluaran, terutamanya iPhone.
Namun, kini Tim Cook dalam lawatan di Jepun, membuat kejutan dan berkongsi dengan ramai yang mana Apple sedia bekerjasama dengan pihak Sony untuk berdekad lamanya dalam menggunakan sensor Sony sebagai kamera pada iPhone.
Sebelum ini ramai sedia menyasarkan Apple menggunakan sensor Sony, tetapi ini kali pertama pengesahan dilakukan oleh pihak Apple sendiri.
Dengan pengesahan ini juga, ia turut memberikan gambaran Apple akan kekal menggunakan sensor Sony pada iPhone akan datang mereka.