Oppo Reno8 5G Sunkissed Beige Dengan Memori 12GB RAM Ditawarkan Pada RM2399

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. oleh .

Oppo Malaysia kini memperkenalkan Reno8 5G dengan pilihan warna baharu dikenali sebagai Sunkissed Beige. Melaluinya, ia menampilkan panel belakang dengan kemasan serba emas. Di samping turut dihiasi dengan elemen berkilat apabila terdapat cahaya yang dipantulkan. Turut ditambahbaik adalah sokongan memori yang kini lebih besar 12GB RAM.

Bagi yang berminat, ia sudah boleh dibeli dengan harga jualan RM2399 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia. Setiap pembelian disertakan dengan pemberian Oppo Enco Buds2 dan lanjutan perlindungan skrin serta waranti selama satu tahun secara percuma. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk tempoh masa tertentu.

Oppo Reno8 dilengkapi dengan skrin 6.4-inci AMOLED FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1300, memori 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS3.1). Bateri pula sebesar 4,500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) + 2MP + 8MP dan kamera swafoto 32MP (Sony IMX709).

komen


© Amanz / 2023 Kami