Carian
Cip Oppo MariSilicon Y Diumumkan Khusus Untuk Penstriman Nirwayar Audio Resolusi Tinggi
December 14, 2022 Effi Saharudin

Terdapat beberapa pengumuman menarik dari di acara Oppo Inno Day hari ini untuk memperlihatkan inovasi terkini yang dibangunkan sejak setahun yang lalu. Jika tahun lalu MariSilicon X diperlihatkan sebagai cip ISP pertama rekaan kendiri, tahun ini cip MariSilicon Y pula diperlihatkan sebagai cip pemprosesan audio kendiri pertama mereka.

Menurut Oppo MariSilicon Y akan menyelesaikan isu kualiti audio yang tidak memuaskan pada peranti pintar kerana tidak mampu menstrim audio kualiti nirhilang secara nirwayar. Cip ini menggunakan codec baharu URLC yang membolehkan penstriman bluetooth sehingga 12 Mbps. Dengan ini audio 24-bit/192 kHz nirhilang boleh distrim menerusi bluetooth buat pertama kali. Aku spatial juga turut disokong oleh MariSilicon Y.

Itu turut dilengkapi NPU dengan kemampuan pemprosesan 590 GOPS. Tiada cip audio sebelum ini dilengkapi NPU tersendiri. Dengan ini kawalan audio yang lebih pintar lengkap dengan sokongan kecerdasan buatan akan menjadi realiti. Pada waktu ini peranti pertama yang dilengkapi MariSilicon Y belum diumumkan tetapi mungkin Find N2 yang N2 Flip yang turut akan dilancarkan petang ini. Artikel akan dikemaskini selepas ini disahkan kelak.

Komen