Oppo Memperkenalkan ECG Dan Stetoskop Mudah Alih – OHealth H1

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Inno Day 2023 sudah pun selesai dianjurkan tadi. Perkara pertama yang Oppo fokuskan adalah kepada produk kesihatan di bawah OHealth dan produk yang nampak dungu tetapi adalah pintar, OHealth H1 yang dijana dengan cip Oppo H1.

OHealth H1 adalah sebuah peranti yang sentiasa menjejak kesihatan pengguna. Ia adalah jam tangan pintar dengan semua ciri jam kecuali jam dan skrin itu sendiri. Ia boleh memantau tahap nyenyak tidur, kadar kepekatan dalam darah, tekanan darah yang ada, masalah pernafasan, semak nadi jantung dan juga suhu ketika tidur.

Untuk membaca data, di panel belakang terdapat skrin kecil yang dipaparkan dalam muka taip seakan Nothing tetapi produk jelas oleh Oppo. Ia dibina dengan plastik, semua komponen penting tersimpan rapi di dalam, menggunakan rekaan melengkung, dan boleh beri akses mudah untuk semakan kesihatan kepada semua.

OHealth H1 mempunyai berat 95 gram, ia juga akan menyokong satu imbasan untuk semua bagi mendapatkan data-data penting yang didakwa dijaga rapi, ketat dan selamat. Produk ini turut ajkan sentiasa berhubung dan aplikasi OHealth akan dikemaskini menyokong perbualan antara doktor dan pesakit. Ia juga adalah satu-satunya produk yang menawarkan dan fungsi sama pada jam tangan pesaing seperti Huawei Watch D dan Samsung Galaxy Watch5 – cuma Oppo tidak sediakan skrin jam.

Paling lucu, tetapi masuk akal untuk OHealth H1 adalah peranti ini boleh menjadi ECG dan stetoskop mudah alih. Ia juga akan menjadi pelengkap kepada teleperubatan. Cip Marisilicon Y, hadir dengan N6RF iaitu cip pemprosesan binaan mereka sendiri yang boleh memberi 50% kuasa penggunaan. Cip yang sama ini juga membolehkan kemampuan bacaan tekanan darah dan OHealth H1 ini dijadikan sebagai stetoskop mudah alih.

komen


© Amanz / 2023 Kami