Cari @ Amanz

Sony kini mengumumkan pengenalan kemaskini sistem operasi Android 13 untuk tiga lagi peranti terkini di bawah siri Xperia. Ini termasuklah Sony Xperia 1 III, Xperia 5 III dan Xperia PRO-I. Jangka masa khusus kemaskini tidak pula didedahkan, namun ia semestinya berbeza mengikut negara masing-masing.

Dengan penawaran Android 13, pelbagai pembaharuan disertakan pada peranti seperti kebolehan kustomasi antaramuka serta paparan, sokongan widget lebih meluas, sekuriti yang ditambah-baik dan lain-lain. Kalau diikutkan, Sony menjanjikan kemaskini sistem operasi konsisten pada peranti mercu selama tiga tahun.

Untuk makluman, ketiga-tiga peranti juga telah sedia dijual di Malaysia dengan harga RM5,799 untuk Xperia 1 III. Seterusnya, Xperia 5 III pada RM4,599 dan Xperia PRO-i pula berharga RM7,199.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd