Cari @ Amanz

Samsung kini telah menawarkan salah satu aplikasi yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia untuk pasaran Malaysia, iaitu Good Lock.

Samsung Good Lock merupakan sebuah aplikasi yang menawarkan tambahan kustomasi kepada bentuk paparan antaramuka, disamping menambah beberapa ciri-ciri mengikut keperluan anda.

Sebagai contoh, anda boleh menambah ciri paparan gambar latar mengikut sudut penglihatan, atau menambah ciri menghalang notifikasi ketika rakaman skrin peranti, serta sejumlah ciri lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti Samsung, boleh ke Galaxy Store, dan seterusnya memuat-turun Good Lock hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd