Carian
YouTube Kini Mula Papar Masa Diperlukan Untuk Memproses Video Yang Dimuat-Naik
December 14, 2022 Aman

Bagi anda yang pernah memuat-naik video ke YouTube, anda mungkin sedia biasa dengan masa menunggu untuk sesuatu video diproses sebelum diterbitkan pada platform tersebut. Sebelum ini, ia tidak diberitahu berapa lama masa diambil, dan sekadar dipaparkan dalam bentuk peratusan.

Perkara tersebut sering membuatkan ramai berteka-teki bila sesuatu video akan selesai diproses. Kini, YouTube sendiri memudahkan perkara tersebut, dan telah mula memaparkan masa jangkaan untuk sesuatu video selesai diproses, dan ditawarkan dalam pelbagai kualiti resolusi berbeza.

Dengan langkah ini juga, ia sekaligus akan memudahkan lagi seseorang penerbit kandungan untuk merancang waktu penerbitan dan sebagainya.

Ciri baharu ini mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna YouTube seluruh dunia.

Komen