WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Menghantar Teks Yang Hilang Selepas Dilihat Sekali

Diterbitkan pada Dis 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan ciri dinamakan “View Once” – dimana ia menyokong penghantaran gambar atau video yang boleh dilihat hanya sekali, dan hilang selepas dibuka.

Kini, mengikut pembangunan kod pada aplikasi WhatsApp, ciri sama dijangka diperluaskan untuk menyokong mesej berbentuk teks.

Dengan langkah ini, teks akan disembunyikan ketika dihantar, dan pengguna perlu tap untuk melihatnya. Mesej yang dilihat tersebut akan hilang selepas ia dibuka.

Ciri ini dijangka berguna untuk perkongsian maklumat-maklumat peribadi yang berbentuk sensitif, termasuk seperti kata laluan WiFi dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya.

Sumber : WABetaInfo

komen


© Amanz / 2023 Kami