Xiaomi Membuktikan Menggosok Ubat Gigi Pada Skrin Bercalar Hanya Memburukkan Lagi Keadaan

Diterbitkan pada Dis 15, 2022. oleh .

Antara tips yang tular di dalam komuniti pengguna telefon pintar ialah sekiranya skrin bercalar ia boleh dihilangkan dengan menggosok ubat gigi pada skrin. Kerap kali video tips ini kami temukan di YouTube dan TikTok. Secara teorinya ubat gigi akan menutup bahagian skrin yang bercalar menjadikannya elok semula.

Tetapi Xiaomi telah menerbitkan sebuah video pendek di YouTube yang menafikan keberkesanan tips popular ini. Dalam video tersebut kesan calar tidak hilang selepas ubat gigi digosok. Ubat gigi juga adalah bahan beralkali yang boleh mengikis lapisan anti minyak yang diletakkan pada permukaan skrin. Akibatnya permukaan skrin akan menjadi lebih rosak. Oleh itu mereka tidak menyarankan kepada pemilik peranti untuk menggunakan tips yang tidak berguna ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami