Honor X9a 5G Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Januari Hadapan

Diterbitkan pada Dis 15, 2022. oleh .

Honor X9a 5G merupakan model telefon pintar baharu yang bakal ditawarkan di Malaysia. Sekian lama diacah, tarikh pelancarannya kini telah dikongsi menerusi kemaskini baharu di media sosial rasmi. Ia dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2023 bermula jam 7 malam. Pelancaran itu turut akan disiarkan secara dalam talian menerusi laman Facebook dan YouTube Honor Malaysia.

Tiada maklumat spesifikasi yang didedahkan setakat ini. Namun, peranti ini besar kemungkinan hanyalah sebuah Honor X40 yang dijenamakan semula untuk pasaran luar. Sekiranya benar kedua-duanya adalah telefon pintar yang sama, boleh jadi spesifikasi dalaman yang ditawarkan kelak adalah sama. Antaranya seperti cip Snapdragon 695, bateri 5100 dengan pengecasan 40W, kamera utama 50MP dan skrin OLED FHD+ bersama kadar segar semula tinggi.

komen


© Amanz / 2023 Kami