Realme GT Neo5 Tertiris Menunjukkan Bonggol Kamera Yang Besar

Diterbitkan pada Dis 15, 2022. oleh .

Peranti di bawah siri Realme GT sering memfokuskan terhadap prestasi dan kemasan menarik pada harga mampu milik. Model kemaskini untuknya kelak mungkin dikenali sebagai Realme GT Neo5, sekaligus memperlihatkan Realme melangkau angka 4 selepas mengumumkan Realme GT3 pada pertengahan tahun ini.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang tarikh pelancaran rasmi peranti. Namun, muncul beberapa imej pengolokan yang menunjukkan rekaan yang bakal ditawarkan. Tubuh peranti nipis dipadankan dengan sokongan bonggol kamera yang besar. Saiznya dilihat meliputih hampir satu pertiha daripada bahagian belakang telefon pintar. Ia juga memuatkan sistem tri-kamera dalam kedudukan berbeza, yang mana satu lensa besar pada bahagian atas.

Kemudiannya diikuti dengan dua lagi lensa bersaiz kecil di bawahnya. Turut disertakan, lampu LED memanjang yang diletakkan secara bersebelahan. Imej pengolokan dikongsi mendedahkan Realme GT Neo5 dalam kemasan serba putih. Tetapi kita boleh menyasarkan lebih banyak pilihan warna yang bakal disediakan selepas diumumkan kelak.

Panel hadapan masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Begitu juga dengan maklumat mengenai spesifikasi dalamannya. Namun begitu, peranti dipercayai menawarkan dua pilihan bateri dan sistem pengecasan pantas. Ianya terdiri dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 150W, sementara itu sistem pengecasan pantas 240W pula digunakan pada peranti dengan bateri 4,600mAh.

Bagi melihat sejauh mana kebenaran hal yang didedahkan ini, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutanya dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2023 Kami