Apple Store Malaysia Semakin Hampir – Apple Mulakan Carian Pekerja Peruncitan

Diterbitkan pada Dis 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lepas, kita telah melihat gambar awal tertiris mengatakan Apple Store bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi. Kini, Apple seperti memberikan pengesahan rasmi apabila menyenaraikan pada laman mereka untuk pencarian pekerja untuk bahagian Apple Retail di Malaysia.

Melalui pencarian kerja, sebanyak 11 jawatan berbeza disenaraikan untuk Apple Store di Malaysia. Namun, tiada sebarang lokasi nyata dinamakan, sebaliknya hanya mengatakan ia dibeberapa lokasi di Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Apple, mungkin boleh semak jawatan-jawatan yang disenaraikan dibawah Apple Retails pada halaman rasmi Apple hari ini.

Tips awal Kompius

komen


© Amanz / 2023 Kami